/* FONT dalam gadget */

Ruang Bual

ShoutMix chat widget

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru 2011

SUKAN PRA SEKOLAH

Pelajar - pelajar PRA SEKOLAH giat menjalani latihan bagi memantapkan kemahiran

BOLA JARING SPS

Acara Tahun 2011 yang dianjurkan oleh SK Sungai Setar sebagi Tuan Rumah.

PENGUMUMAN/ BERITA TERKINI :
1. Tiada Pengumuman, Sekian

Isnin, Januari 14, 2013

Baucer Bantuan Khas RM100

PENGUMUMAN/ BERITA TERKINI :

Assalamuaikum W.B.T Kepada Semua Pembaca

Di maklumkan bahawa Pengambilan Baucer Bantuan Khas RM 100.00 oleh waris pelajar SKSS akan di adakan seperti berikut :

Tarikh   : 15.01.2013
Tempat : Dewan Terbuka SKSS
Jam         : 9.00 Pagi 

Sehubungan dengan itu diharap, semua waris pelajar dapat hadir untuk mengambil baucer tersebut. Sekian Terima Kasih.

p/s : Jika terdapat masalah boleh hubungi pihak pengurusan sekolah untuk maklumat lanjut.

Isnin, Disember 31, 2012

Guru terima anugerah Pendidik Global Microsoft

Zamimah Azaman bersama sijil kejayaan sebagai naib johan anugerah Pendidik Global dalam Microsoft Partners In Learning Global Forum 2012 di Istana Prague, Republik Czech baru-baru ini.
 
GURU Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Zamimah Azaman mencipta sejarahnya tersendiri apabila terpilih menerima anugerah Pendidik Global Microsoft yang merupakan kemuncak penganjuran Microsoft Partners In Learning Global Forum 2012 di Istana Prague, Republik Czech baru-baru ini.

Pendidik daripada sekolah di Miri, Sarawak itu dipilih sebagai naib johan kategori Pembinaan Pengetahuan dan Pemikiran Kritikal (Knowledge Construction and Critical Thinking) melalui projek inovatif ‘The Journalist’ yang dihasilkan berasaskan projek serta simulasi bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis para pelajarnya.

“Projek ini menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek melalui empat elemen utama iaitu instrumen pementasan, pembelajaran secara bersendirian, pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara usaha sama, serta bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memaksimumkan pembelajaran pelajar serta meningkatkan pemikiran kreatif dan kritikal mereka.

“Menerusi aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh makna, ‘The Journalist’ juga bertujuan memperkaya nilai-nilai kemanusiaan di kalangan pelajar sebagai pemimpin masa depan dunia," katanya ceria.
Kejayaan Zamimah di peringkat dunia menewaskan lebih daripada 250,000 guru merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan negara.

‘‘Keutamaan projek ini adalah untuk memastikan bahawa kerja yang dibuat mempunyai impak di luar kelas dan menyediakan pelajar untuk peringkat pengajian yang seterusnya dalam hidup mereka," ujarnya.
Microsoft Partners In Learning Global Forum mengiktiraf 21 pendidik dari seluruh dunia yang berjaya mengadaptasi kegunaan teknologi secara inovatif di dalam bilik darjah.
Forum itu dihadiri lebih 500 orang guru, pemimpin sekolah dan pemimpin pendidik serta pegawai kerajaan mewakili 80 negara.

Penubuhannya sejak 15 tahun lalu itu bertujuan membantu sistem pendidikan seluruh dunia melalui komunikasi dua hala antara pendidik dan pemimpin sekolah, mengenal pasti potensi pelajar merangkumi penglibatan lebih 210 juta guru dan pelajar di 119 negara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Carlos Lacerda berkata, generasi pemimpin negara pada masa depan tidak boleh dididik dengan peralatan teknologi lama atau amalan pendidikan yang ‘usang’.
‘‘Kita harus terus membangunkan persekitaran pembelajaran yang canggih dan maju untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin Malaysia pada masa depan yang lebih baik," katanya.

Semua pemenang Anugerah Pendidik Forum Global secara automatik dimasukkan ke dalam program baharu Microsoft Innovative Educator Expert.

Program itu diwujudkan untuk mengiktiraf golongan pendidik seluruh dunia menggunakan teknologi bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka.

Hal ini bermakna Zamimah layak sebagai seorang Microsoft Innovative Educator Expert dan rakan kongsi Microsoft dalam pelbagai aktiviti pendidikan sepanjang tahun.

Kemudahan ini akan membolehkan Zamimah mengakses kepada perisian produk terkini daripada Microsoft.
Pada masa yang sama, Microsoft akan memastikan bahawa kumpulan tersebut mendapat peluang pembangunan profesional dan kerjaya untuk membantu mereka mempertingkat impak kepada pelajar masing-masing.

Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd

Bantuan awal persekolahan diagih


Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan.

Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin.

Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan.
''Tarikh pemulangan lebihan peruntukan juga ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013 kepada mana-mana sekolah yang menerima lebihan peruntukkan bantuan tersebut,'' kata kenyataan itu.
Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2013.

Pada masa yang sama, kenyataan tersebut turut meminta setiap Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Daerah memaklumkan kepada sekolah mengenai pelaksanaan bantuan antaranya termasuklah melalui surat siaran, garis panduan dan pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan.

Pihak terlibat perlu melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada kementerian selewat-lewatnya pada 28 Februari depan mengikut format yang ditetapkan.
Selain JPN dan daerah, pihak sekolah juga tidak terkecuali berperanan dalam perkara itu antaranya termasuklah memastikan murid yang layak menerima bantuan, menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke dalam Buku Tunai KWK, dan mengeluarkan resit rasmi pejabat apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke dalam akaun KWK.

Sekolah juga perlu mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa atau penjaga murid dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima.
Pihak sekolah juga perlu memastikan ibu bapa atau penjaga menurunkan tanda tangan ke atas Senarai Akuan Penerimaan atau Penolakan Bantuan dengan disaksikan dua guru sebagai saksi.
Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.
Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi.

Pengetua atau guru besar dinasihatkan memohon secara rasmi perkhidmatan polis pengiring daripada Ketua Polis di negeri masing-masing dalam urusan pengeluaran wang melebihi jumlah RM10,000.

Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd

Sekolah Malaysia raih emas robot dunia

Kontinjen Malaysia meraikan kejayaan memenangi satu emas dan beberapa anugerah lain dalam pertandingan International Robot Olympiad 2012 di Gwangju, Korea Selatan, baru-baru ini.
Kontinjen Malaysia yang disertai oleh 18 orang pelajar dan lima guru berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi satu emas, dua gangsa dan tiga Anugerah Khas dalam International Robot Olympiad 2012 di Gwangju, Korea Selatan, baru-baru ini.
Ketua Kontinjen, Halimah Karim berkata, pencapaian itu merupakan yang terbaik pernah dicapai oleh pasukan Malaysia sejak lima tahun lepas.
"Malah lebih membanggakan apabila pasukan kita berjaya memenangi hampir kesemua anugerah yang dipertandingkan dalam kategori kreatif," katanya dalam satu kenyataan melalui e-mel baru-baru ini.
Pasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu telah mendapat pingat emas kategori kreatif melalui robot ciptaan mereka yang berperanan menjaga kesihatan warga emas.

Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd

Sistem pendidikan baharu

11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP) 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.
KEMENTERIAN Pelajaran mengorak pelbagai program memperkasakan pendidikan sebaik sahaja membuka tirai 2012 dengan mengerakkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional dengan matlamat memberikan wajah baharu dan impak yang lebih berkesan terhadap keupayaan bidang vokasional.
Bertitik-tolak dengan itu, program memperkasakan bidang pendidikan terus digarap dengan kemuncaknya melalui pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP) 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi bagi mengubah sistem tersebut.
Lima aspek utama yang disasarkan dalam PPP adalah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Pelan itu turut menyasarkan sifat-sifat pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan dalam pembangunan para pelajar bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat global.
Kementerian Pengajian Tinggi juga tidak ketinggalan mempelbagaikan skop program demi meningkatkan keupayaan mahasiswa dan institusi pengajian tinggi sama ada melalui usahasama pendidikan antara universiti atau memorandum persefahaman melibatkan korporat tempatan serta antarabangsa.

Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd



Khamis, Ogos 23, 2012

Susu 1Malaysia selamat diminum


PENGURUS Hal Ehwal Korporat Ducth Lady Malaysia, Mohd. Afizi Mohd. Ross (tiga dari kiri) bersama wakil beberapa syarikat pembekal susu memegang pek susu 1Malaysia pada majlis Berbuka Puasa Program Susu 1Malaysia Bersama Media di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bekalan susu ke sekolah menerusi Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu telah dijamin selamat oleh kerajaan dan terbukti tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan murid.
Pengurus Hal Ehwal Korporat Dutch Lady Malaysia, Mohd. Afizi Mohd. Ross berkata, antara tujuan utama pelaksanaan program itu adalah untuk melahirkan generasi baru negara yang lebih kuat, tegap dan cerdas.
Menurutnya, di bawah program itu, pihaknya sudah mengedarkan 15.34 juta peka susu kepada 1,353 buah sekolah membabitkan seramai 295,738 murid di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka.
"Pihak kami akan terus mempergiatkan bantuan kepada semua murid sekolah di seluruh Malaysia bagi menyemarakkan program kesedaran mengenai kepentingan susu yang menjadi asas kepada tumbesaran kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan sesi taklimat PS1M bagi tahun 2012 dan majlis berbuka puasa bersama media di Carcosa Seri Negara baru-baru ini.
Hadir sama wakil-wakil syarikat susu dari Sabah International Dairies Sdn. Bhd. (SiD), Konsuma Sdn. Bhd. dan Hybrid Allied Sdn. Bhd. yang merupakan pembekal susu di bawah skim PS1M yang dilantik Kementerian Pelajaran, selain Dutch Lady.
Turut hadir wakil dari syarikat pemprosesan dan pembungkusan makanan utama, Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd. yang menjalin kerjasama dengan pembekal-pembekal tersebut.
Bagi syarikat pembekal susu SiD membabitkan 3,392 buah sekolah dengan seramai 580,306 pelajar di kawasan Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Konsuma pula membekalkan sebanyak 22.72 juta pek susu di 1,409 buah sekolah melibatkan 272,289 pelajar di kawasan Johor dan Pahang.
Hybrid Allied mengedarkan 18.94 juta pek susu bagi kawasan Perak, Perlis dan Kedah melibatkan 1,465 buah sekolah dengan bilangan pelajar seramai 288,865 orang.
Menurut Mohd. Afizi, bekalan susu PS1M sudah bermula Mac lalu dan melalui pemerhatian yang dijalankan sebelum ini berlakunya simptom lactose intolerance atau masalah pengambilan diet menyebabkan berlakunya cirit-birit.
"Ada sesetengah kumpulan murid yang tidak bersarapan (perut kosong) dan minum susu selepas mengambil makanan yang pedas dan berminyak, sama ada mereka ini tidak pernah didedahkan untuk minum susu atau jarang mengambilnya.
"Program ini perlu diteruskan memandangkan ia membantu pelajar untuk lebih matang dalam cara pengambilan susu yang betul," katanya.
Pada masa depan, kata beliau, pihaknya akan menjalankan penyelidikan terhadap keberkesanan susu terhadap murid dari semasa ke semasa bagi menambah baik pelaksanaan program tersebut.
Katanya, kempen nutrisi kepada doktor muda mengenai kebaikan susu turut digerakkan dengan melantik golongan doktor muda sebagai duta kecil bagi kempen tersebut selain melaksanakan kempen interaktif dikenali 'Cabaran Kitar Kreatif'.
usu memegang pek susu 1Malaysia pada majlis Berbuka Puasa Program Susu 1Malaysia Bersama Media di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Bekalan susu ke sekolah menerusi Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu telah dijamin selamat oleh kerajaan dan terbukti tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan murid. Pengurus Hal Ehwal Korporat Dutch Lady Malaysia, Mohd. Afizi Mohd. Ross berkata, antara tujuan utama pelaksanaan program itu adalah untuk melahirkan generasi baru negara yang lebih kuat, tegap dan cerdas. Menurutnya, di bawah program itu, pihaknya sudah mengedarkan 15.34 juta peka susu kepada 1,353 buah sekolah membabitkan seramai 295,738 murid di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka. "Pihak kami akan terus mempergiatkan bantuan kepada semua murid sekolah di seluruh Malaysia bagi menyemarakkan program kesedaran mengenai kepentingan susu yang menjadi asas kepada tumbesaran kanak-kanak," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan sesi taklimat PS1M bagi tahun 2012 dan majlis berbuka puasa bersama media di Carcosa Seri Negara baru-baru ini. Hadir sama wakil-wakil syarikat susu dari Sabah International Dairies Sdn. Bhd. (SiD), Konsuma Sdn. Bhd. dan Hybrid Allied Sdn. Bhd. yang merupakan pembekal susu di bawah skim PS1M yang dilantik Kementerian Pelajaran, selain Dutch Lady. Turut hadir wakil dari syarikat pemprosesan dan pembungkusan makanan utama, Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd. yang menjalin kerjasama dengan pembekal-pembekal tersebut. Bagi syarikat pembekal susu SiD membabitkan 3,392 buah sekolah dengan seramai 580,306 pelajar di kawasan Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Konsuma pula membekalkan sebanyak 22.72 juta pek susu di 1,409 buah sekolah melibatkan 272,289 pelajar di kawasan Johor dan Pahang. Hybrid Allied mengedarkan 18.94 juta pek susu bagi kawasan Perak, Perlis dan Kedah melibatkan 1,465 buah sekolah dengan bilangan pelajar seramai 288,865 orang. Menurut Mohd. Afizi, bekalan susu PS1M sudah bermula Mac lalu dan melalui pemerhatian yang dijalankan sebelum ini berlakunya simptom lactose intolerance atau masalah pengambilan diet menyebabkan berlakunya cirit-birit. "Ada sesetengah kumpulan murid yang tidak bersarapan (perut kosong) dan minum susu selepas mengambil makanan yang pedas dan berminyak, sama ada mereka ini tidak pernah didedahkan untuk minum susu atau jarang mengambilnya. "Program ini perlu diteruskan memandangkan ia membantu pelajar untuk lebih matang dalam cara pengambilan susu yang betul," katanya. Pada masa depan, kata beliau, pihaknya akan menjalankan penyelidikan terhadap keberkesanan susu terhadap murid dari semasa ke semasa bagi menambah baik pelaksanaan program tersebut. Katanya, kempen nutrisi kepada doktor muda mengenai kebaikan susu turut digerakkan dengan melantik golongan doktor muda sebagai duta kecil bagi kempen tersebut selain melaksanakan kempen interaktif dikenali 'Cabaran Kitar Kreatif'.

Malaysia tempat kelima pertandingan Program Kuiz ASEAN

BRANDON (Tengah), Emilia dan Nabil Ersyad (Kanan) ceria sewaktu diumumkan sebagai johan, naib johan dan tempat ketiga pada Pertandingan Akhir Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2012 yang berlangsung pada Mei lalu. 
 
MALAYSIA memenangi tempat kelima pertandingan Program Kuiz ASEAN 2012 kali ke-5 di Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini.

Negara diwakili tiga pelajar sekolah menengah terdiri daripada Brandon Ling Kie Chai, 17, dan rakan sekelasnya Emilia Muhd. Arif Stephen dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Sibu, Sarawak serta Nabil Ersyad Mohd. Noor Eddie Putera, pelajar tingkatan Lima Sekolah Sultan Alam Shah.
Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia itu turut dijayakan bersama Kementerian Pelajaran yang merupakan salah satu daripada aktiviti Jawatankuasa Budaya dan Informasi ASEAN (ASEAN-COCI) yang diadakan setiap dua tahun.

Ia bermula pada 2002, 2004, 2006 dan yang keempat pada tahun 2009, bertujuan mempromosikan ASEAN di kalangan belia di rantau ini.

Turut mengiringi tiga pelajar terlibat adalah guru pengiring Wong See Chiong dan Pegawai Jabatan Penerangan, Sharifah Anita Wafa Syed Munir Wafa.

Pelajar menjalani empat peringkat saringan sebelum ke pertandingan itu bermula Mac lalu yang turut disertai kira-kira 7,700 pelajar berusia 15 hingga 17 tahun di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Pemilihan Brandon, Emilia dan Nabil Ersyad dibuat selepas ketiga-tiga mereka muncul johan, naib johan dan tempat ketiga pada Pertandingan Akhir Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2012 yang diadakan Mei lalu.
Pada pertandingan itu Brandon memperolehi markah tertinggi apabila menguasai pertandingan yang diadakan dalam dua segmen iaitu segmen pertama melibatkan soalan kategori sosial, alam sekitar, sains dan teknologi, politik, ekonomi dan sejarah manakala segmen kedua merupakan soalan pantas.

KPM menjadi AJK Induk Kuiz ASEAN 2012 Peringkat Kebangsaan kali ke-5.

Program itu turut meletakkan matlamat untuk mempertingkatkan tahap kefahaman dan kesedaran berkaitan ASEAN dalam aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan generasi muda kini.

Sumber : Utusan Malaysia


PENAFIAN : Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Pulau Pinang tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.