Dapatkan MAKLUMAT TERKINI Dengan "Like" FACEBOK "SK Sungai Setar Penang"

Rabu, Jun 30, 2010

Perutusan


Dari Meja Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Setar

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu kami warga Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Nibong Tebal, Pulau Pinang sentiasa bersyukur kerana berada dalam satu keluarga yang mempunyai halatuju yang sama, serta sanggup memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan dasar Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan terbaik dan berkualiti.

Sebagai pelaksana di atas apa jua dasar yang telah dirancangkan, kami sentiasa menghayati, memahami seterusnya melaksanakan apa sahaja dasar yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejajar dengan piagam pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu ‘menyediakan sistem pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu untuk memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara’. Ini merupakan sebagai pemangkin semangat di dalam menunaikan tanggungjawab menguruskan pendidikan di peringkat yang paling asas, iaitu di sekolah rendah.

Demi untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada sekolah kebangsaan dalam apa jua agenda, strategi kami sentiasa meletakkan kualiti sebagai prioriti. Ini bermula daripada kepimpinan sekolah, warga kerjanya, PIBG dan sudah pasti pelajar yang dididik hasil daripada perancangan yang cekap dan berkesan serta berwawasan.

Pengurusan Sekolah Kebangsaan Sungai Setar sentiasa bersama PIBG, berusaha dan mencari jalan, agar apa jua yang dirancangkan dapat memenuhi kehendak semasa dengan mengambil kira latarbelakang masyarakat di sekitar sekolah ini. Di samping berusaha menarik minat masyarakat bukan melayu, supaya mempunyai keyakinan kepada sekolah kebangsaan dan seterusnya menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan utama untuk semua kaum.

Seiring dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan pusat kecemerlangan pendidikan, Sekolah Kebangsaan Seafield sentiasa berusaha ke arah mengekalkan kecemerlangan dan mengutamakan kualiti di dalam semua aspek yang mana fokus utama Akademik, Pembentukan Insan dan Kelengkapan Fizikal Sekolah.

Sekolah Kebangsaan Sungai Setar juga sentiasa menjadikan instrument Standart Kualiti Pendidikan sebagai sumber rujukan utama agar kami akan terus dapat ‘ MEMARTABATKAN PROFESYEN KEGURUAN,dan seterusnya MEMANTAPKAN SERTA MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN.

BERSAMA BERSATU MENCAPAI
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

Sekian.
Tuan Haji Halim Bin Haji Roselan@M.Dros
Guru Besar
SK Sungai Setar




0 comments:

PENAFIAN : Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Pulau Pinang tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.