Dapatkan MAKLUMAT TERKINI Dengan "Like" FACEBOK "SK Sungai Setar Penang"

Isnin, Jun 28, 2010

Logo, Motto & Slogan

Logo Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Setar





Maksud Warna Pada Logo :

Warna Kuning - Melambangkan kemurnian dalam usaha mencari ilmu.
Warna Hijau - Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk dengan laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
Warna Merah - Melambangkan kekuatan dan semangat mencari ilmu.


Maksud Lambang Pada Logo :

Obor - Bermaksud menuju ke arah kejayaan dalam mencapai matlamat Wawasan 2020. Dalam obor tertera 1855 tahun sekolah diasas.
Bintang Lima - Bermaksud Rukun Islam dan Rukunegara.
Dua tabung uji - Menunjukkan kemajuan teknologi penyelidikan dalam pelajaran.
Empat bulatan - semangat sukan yang tinggi dan saling berkerjasama dalam semua aspek.
Buku - Melambangkan ilmu pengetahuan.




Motto Sekolah

' Berilmu, Berharta, Berjaya '


Pengertian :
Berilmu - Melahirkan murid-murid yang berpendidikan dan berilmu pengetahuan;
Berharta - Mempunyai kekayaan untuk membina keluarga, masyarakat dan negara;
Berjaya - Sentiasa bergerak untuk kejayaan sekolah, bangsa, agama dan negara.


Slogan

Bersama Ke Arah Kecemerlangan

"Together Towards Excellence"


0 comments:

PENAFIAN : Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Pulau Pinang tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.